Visual Art

The visual arts are art forms that create works which are primarily visual in nature, such as ceramics, drawing, painting, sculpture, architecture, printmaking, modern visual arts (photography, video, and filmmaking), design and crafts. These definitions should not be taken too strictly as many artistic disciplines (performing arts, conceptual art, textile arts) involve aspects of the visual arts as well as arts of other types. Also included within the visual arts are the applied arts such as industrial design, graphic design, fashion design, interior design and decorative art.




About Me

My photo
Creative Designer,Primeworks Studio, Media Prima Berhad / B.A Hons Fineart University Technology MARA,Malaysia

Thursday, May 20, 2010

Seni Catan Moden Malaysia

PENGARUH IDEOLOGI SENI LUKIS BARAT

Jika dihalusi, aliran dan falsafah seni yang diaplikasikan di dalam karya-karya catan tempatan telah diadaptasi daripada ideologi senimlukis Barat terutamanya dari benua Eropah.Fenomena ini berlaku disebabkan oleh aliran seni catan di Malaysia telah diperkenalkan oleh pihak Inggeris ketika era penjajahannya di Semenanjung Tanah Melayu.Menurut Mohd Khairi Baharom (2007) :

"Memang tidak dinafikan kebanyakkan karya yang dihasilkan berlandaskan ideologi Barat kerana kita masih berpegang teguh kepada prinsip dan peraturan asal yang diperkenalkan oleh Barat.Walaupun begitu, karya-karya yang dihasilkan telah diolah dan disesuaikan dengan budaya Malaysia.Cuma falsafahnya sahaja yang masih dikekalkan.Oleh itu, identiti Malaysia menjadi keutamaan.Sebagainya contoh karya Syed Ahmad Jamal berjudul Angin Dingin.Walaupun karya ini dihasilkan menerusi pendekatan Barat, namun subjek utamanya bercirikan budaya Malaysia.Disamping itu terdapat segelintir pelukis yang mengenepikan prinsip Barat contohnya Chuah Thean Teng dan Khalil Ibrahim yang terkenal dengan catan batik.Ini menjelaskan bahawa identiti Malaysia merupakan dominan utama di dalam karya yang dihasilkan"

(Temu bual: Pensyarah Universiti Teknlogi MARA, UITM / 20hb Mac 2007 )

Seni catan moden malaysia perlu mempunyai identiti serta nilai-nilai keistimewaanya yang tersendiri tanpa dipengaruhi oleh ideologi Barat.Terutamanya dari segi falsafah, teori, aliran, nilai-nilai estetika, teknik pengkaryaan dan persembahan karya serta pendekatan seni dan sebagainya.Aspek ini amat penting kerana ia mencerminkan keunikkan identiti seni rupa malaysia.

Namun pada hari ini, minda masyarakat malaysia dipengaruhi dan terdedah secara total kepada budaya barat, yang kadangkala disalahtafsirkan sebagai proses pemodenan.Justeru, ancaman terhadap identiti seni catan moden malaysia kian meruncing apabila dasar langit terbuka menguasai minda.Oleh itu, sebagai sebuah negara yang telah mencapai taraf kemerdekaan, kesedaran untuk memelihara dan mengelakan identiti seni catan tempatan wajar dibentuk dan dipupuk menerusi proses pendidikan yang sempurna.