Seni memberikan satu impak kepada pengamalnya serta kepada umum dan sekaligus menjadi sumber melontarkan pandangan tentang hal-ehwal semasa di sekeliling kita.Berikutan dengan itu,isu serta tema menjadi penyampai secara visual dalam bentuk karya seni.Ini dapat dilihat dalam karya pameran yang bertajuk ’3 View’ .Pameran ini dihasilkan oleh para pelajar semester akhir Ijazah Sarjan Muda Dengan Kepujian, Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara ( UiTM ), Shah Alam.
Menjenguk kembali kepada erti ‘3 View ‘ yang menjadi tajuk pameran adalah merangkumi tiga aspek disiplin yang menjadi pendekatan dalam penyampaian hasil karya seni iaitu Seni Catan,Seni Cetakan dan Seni Arca.Ketiga-tiga disiplin ini disatukan dalam pameran ini bagi menghasilkan satu komunikasi diantara karya serta pelajar dan akhirnya ia melahirkan sifat kerjasama sesama sendiri.Dengan pada itu, ’View’ pula sebenarnya gabungan maksud Variety,idea,element,work.
Jika dilihat maksud ini secara terperinci dengan lebih mendalam sebenarnya adalah bercirikan hasil karya yang dipamerkan dengan kepelbagaian gabungan idea berdasarkan elemen seni.Secara tidak langsung ia sebenarnya memberikan satu kaedah penyampai dalam bentuk seni visual.Akhirnya ia menjadi satu perkataan iaitu ‘View’ yang bermaksud pandangan nescaya ini berlaku dalam proses penghayatan dan melihat.Proses ini juga sememangnya berlaku dalam diri setiap pengkarya dengan sifat atau kaedah observation,interpretation dan judgement.Ini kita dapat lihat dalam teori falsafah seni dan estetik spertimana di ketengahkan oleh Roger Fry yang mengatakan bahawa seni itu sesuatu yang dihayati bagi kepentingan seni itu.Jelasnya lagi,memaparkan aspek bentukan sesuatu seni juga sebagai gambaran ekspresi tentang sesuatu imaginasi pelukis dan akhirnya ekspresi ini dapat memberikan persepsi yang jelas dan kebebasan emosi sepenuhnya.
Dalam pameran kali ini,para pelajar memaparkan idea-idea yang berunsurkan dan bertemakan isu semasa dengan mengaitkan makna,persoalan,provokasi dengan interprestasi yang berbeza-beza.Selain daripada itu ada juga yang berkongsi pengalaman peribadi bersama audien serta menonjolkan persepsi kepada umum dalam hasil karya seni.Dengan kehadiran idea yang berbeza ia lantas menghubungkan sesuatu bahan sebagai kaedah,medium atau subjek dalam menghasilkan karya seni sepertimana yang dipamerkan.Ini juga menjadi satu proses eksperimental dalam sesi pembelajaran bagi menghasilkan serta meghayati karya seni.
Pameran ini juga mencerminkan beberapa aliran atau stail pembawakan karya dengan gabungan moden dan tradisional seperti,Realism,Abstract,Dadaism,Surrealism,Popart,dan Islamic art.Ini adalah berikutan dalam proses mencari serta mengolah sesuatu maksud dalam erti seni.Demikianlah gambaran sepintas lalu akan pameran ‘3 View ‘ di mana para pelajar tidak hanya meghasilkan karya malah ia sebenarnya proses dalam menimba ilmu serta menimbulkan pengalaman.
Ucapan jutaan terima kasih kepada barisan pensyarah Jabatan Seni Halus serta pegawai teknikal jabatan dalam menghulurkan bantuan,penyampaian ilmu,pendapat serta tenaga.Saya mewakili para pelajar Jabatan Seni Halus,Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada barisan pensyarah dan pihak Fakulti serta kepada pihak yang telah berusaha keras membantu menjayakan pameran ini,sekian.