Perkaitan antara Islam, seni dan estetika adalah erat dan rapat sekali. Sifat dinamik ajaran Islam membolehkan penganut-penganutnya menghayati keindahan dalam pelbagai bidang; tidak tertumpu hanya dalam bidang seni sahaja. Dalam mendiskusikan tajuk ini perlu didefinisikan apakah Islam, seni dan estetika secara berasingan sebelum boleh dilihat perkaitan yang berfaedah dan yang tidak berfaedah.
Ini penting dari kita menolak secara melulu menurut dogma semata-mata, bertaklid buta atau menerima tanpa diskusi mendalam. Secara amnya, Islam adalah agama yang diwahyukan Allah s.w.t semenjak Nabi Adam a.s sehingga ke nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. Islam dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud beriman kepada Allah s.w.t., mengimani para Nabi dan Rasul, para Malaikat, hari akhirat, qadha dan qadar dan kitab-kitab yang diwahyukan Allah s.w.t. Manusia diberi amanah melalui Islam bahawa mereka dan para jin dijadikan semata-mata untuk menyembah Allah s.w.t.
Islam juga adalah penyerahan secara mutlak melalui hati, pengucapan lisan dan tingkah laku melalui refleksi amalan dan ibadat. Seni pula punya pelbagai definisi dan tafsiran. Namun secara umumnya seni boleh didefinisi sebagai satu manifestasi dan pancaran rasa keindahan, pemikiran, kesenangan dan perasaan yang lahir daripada seniman atau pengkarya. Kebanyakkan takrif seni lebih menekan dan menjurus mengenai keinginan manusia untuk menghasilkan sesuatu aktiviti. Estetik membawa maksud kepekaan. Estetik ialah kajian tentang keindahan (science of beauty) iaitu penghujahan tentang persepsi atau pengamatan tentang bidang seni.Justeru dapat dilihat perkaitan erat antara Islam sebagai petunjuk dan wahyu dengan seni yang memaparkan rasa keindahan dan estetik yang menghuraikan rasa keindahan tersebut.
Ini amat bertepatan dengan sabdaan Rasulullah s.a.w bahawa "Allah itu indah dan sukakan keindahan." Namun apa yang penting ialah apakah tugas seseorang penseni Islam? Bagaimanakah seseorang penseni Islam dapat mengaitkan rasa kesenian dan estetik keindahan dengan cara hidup Islam? Persoalan ini teramat penting kerana sebagai individu Islam, selain dari menunaikan kewajipan dan suruhan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w, umat Islam turut bertanggungjawab memaparkan rasa keindahan tersebut agar kehidupan di dunia ini dapat dilestarikan sehingga ke akhirat.Rasa keindahan itu juga seharusnya selari dengan tuntutan dan perintah syariat dengan menunaikan segala kewajipan dan meninggalkan segala laranganNya.
Umat Islam juga diperintahkan agar menunjukkan segala perbuatan dan amar makruf yang baik dan terpuji selari dengan ajaran Al-Quran. Ini dapat melahirkan penseni Islam yang bertanggungjawab terhadap karya-karya mereka dan tidak terbawa-bawa oleh arus teori-teori Barat tanpa menyaring dan mengkajinya. Bagaimana yang dikatakan bertanggungjawab terhadap karya-karya mereka? Apakah penseni Islam yang memaparkan kebobrokan dan kejelikan sikap dan nilai hidup dapat dipertanggungjawabkan? Apakah nilai yang akan dibawa oleh penghayat yang menghayati karya-karya sebegitu? Apakah karya-karya mereka akan menambah nilai positif, murni dan baik dalam kehidupan bermasyarakat atau semakin menambahparah lagi keadaan sosial dan akhlak masyarakat?
Inilah persoalan yang seharusnya difikir terlebih dahulu oleh penseni Islam sebelum mereka melahirkan sesebuah karya agar selari dengan tuntutan Islam. Penseni Islam seharusnya menjadi pemangkin terhadap segala persoalan hidup bermasyarakat dan bersosial agar selari dengan tuntutan murni Islam dan bukan membelakanginya apatah lagi mencemuh. Justeru dapat mengaplikasikan tanggungjawab sebenar Muslim iaitu menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar dalam konteks kepatuhan penuh kepada Allah s.w.t. mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Wallahu'alam.
Visual Art
The visual arts are art forms that create works which are primarily visual in nature, such as ceramics, drawing, painting, sculpture, architecture, printmaking, modern visual arts (photography, video, and filmmaking), design and crafts. These definitions should not be taken too strictly as many artistic disciplines (performing arts, conceptual art, textile arts) involve aspects of the visual arts as well as arts of other types. Also included within the visual arts are the applied arts such as industrial design, graphic design, fashion design, interior design and decorative art.
About Me
- Hafiz Mohd Nordin
- Creative Designer,Primeworks Studio, Media Prima Berhad / B.A Hons Fineart University Technology MARA,Malaysia
Wednesday, March 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment