Dalam kita berkarya ada yang mengkritik dan dalam kita mengkritik ada kritikan lain. Sebahagian yang baik dalam berkarya dan dalam kritikan itu harus diingat nilai etika yang boleh membantu meletakkan nilai kritikan dan nilai karya itu sesuai untuk dihayati, saksama untuk diapresiasi dan berada dalam perbincangan yang sihat.
Kebiasaannya etika difahami dalam bentuk yang mudah sebagai garis panduan supaya antara artis dan pengkritik itu saling bantu membantu dan hormat menghormati. Mengikut Ku Seman dalam ruangan blog beliau(http://kayangdailypost.blogspot.com/) bertajuk “Blog, Adab dan Topeng” bertarikh 26 Mei 2009 menyatakan ada sumbangan intelektual yang dapat disebarkan dalam suasana mencintai ilmu, menghormati pemikiran orang lain seperti menghormati pemikiran sendiri. Suasana yang murni dan beretika dalam kritikan itu melahirkan pembuat karya itu terangsang untuk terus berkarya dan tahu bercakap serta berfikir tentang karya yang dihasilkan. Manakala pengkritik mendapat maklum balas positif bagi meningkatkan ilmu, membaiki fakta yang tertinggal dan menambahbaik elemen yang dapat menceliksenikan orang ramai.
Kritikan yang tidak beretika, nampak berat sebelah dan tiada dorongan bagi meningkatkan hasil karya dan boleh membawa interpritasi yang negatif. Ada lanjutan dari kritikan itu oleh pihak kedua dan berterusan untuk terus membunuh secara senyap nilai karya dan kreativiti pengkarya. Jika ada pihak ketiga yang mengamalkan kritikan beretika mungkin ianya dapat membantu mengharmonikan suasana kritikan itu dan suatu dailog ilmu yang sihat berkembang yang disebut oleh Ku Seman “mewujudkan nilai intelektual.”
Menurut Edmund Burke Feldman 1994, kita mesti mengelak dari konflik sewaktu membuat kritikan. Antaranya, elakkan membuat kritikan pada kerja-kerja sendiri atau rakan yang terdekat atau sahabat karib. Ini tidaklah bermaksud kritikan tidak boleh dilakukan kepada seseorang artis atau kawan sesama artis. Yang sepatutnya merapatkan perhubungan di mana dapat melahirkan kritikan yang adil dan saksama.
Selain itu Edmund menghuraikan bahawa pengkritik tidak boleh menggunakan komen yang boleh merosakkan reputasi seseorang atau sesuatu kumpulan. Semua hasil karya seni boleh menjadi senjata kepada seseorang atau kumpulan tertentu untuk melemahkan semangat kumpulan lain yang merupakan suatu tindakan yang kurang sihat.
Bila kita menulis perihal artis, kritikan dibuat bagi mencari kekuatan dan kelebihan di sebalik kekurangan yang ada.
Dengan cara ini pengkritik melakukan kerja ikhlas dan tidak didesak atas sebab kewangan atau oleh mana-mana pihak dari sebelah pihak artis. Kritikan sepatutnya tidak berdasarkan wang atau saguhati daripada pembeli atau pengedar seni atau sebarang egen yang mengendalikan urusan artis. Pengkritik tidak harus menerima hasil dari karya yang diberikan oleh artis walaupun pemberi itu rasa tidak bersalah. Pengkritik tidak boleh menerima hasil kerja seni sebagai hadiah daripada artis atau yang dihantar sebagai hadiah tanpa diketahui siapa pemberinya.
Sebagai pengkritik perlu ada suatu sikap untuk mencetuskan idea membina. Pengkritik cuba mengelak dari terlalu banyak mencari kesilapan, sebaliknya cuba mencetuskan sebanyak idea dengan mengutamakan tumpuan pada mengcungkil kekuatan dari setiap elemen dalam karya yang ada.
Kritikan tidak seharusnya menerima sebarang komisen daripada hasil jualan karya seni yang berkaitan dengan kritikan tersebut.
Apabila menerima kritikan anggaplah segala pendapat itu bertujuan memperbaiki kualiti atau nilai sesuatu karya, fakta tentangnya harus bersandarkan hujah dari rujukan yang boleh diperakui atau sekurang-kurangnya dari rujukan buku yang boleh menarik perhatian orang ramai.
Kritikan perlu jujur dari hal fakta tentang tarikh, sejarah, harga jualan dan sebagainya dan dipertimbangkan semula sama ada relevan atau sebaliknya. Secara umumnya banyak lagi etika yang sesama kita tidak mengendahkan kerana menganggap ianya kurang penting seperti :
• Kritikan juga tidak seharusnya bersandarkan kritikan yang lain seperti tuan punya galeri, pernyataan muzium secara rasmi yang bertujuan mempromosikan karya-karya artis atau dari mana-mana institusi tempat artis itu dilahirkan.
• Kritikan tidak sepatutnya menjadi nasihat peribadi atau sebagai perbincangan awam yang merujuk pada kenyataan-kenyataan berbentuk nasihat.
• Kritikan yang dibuat tidak harus menjadi laporan. Kritikan bersandarkan kepakaran seni dan tidak patut ada elemen nasihat antara penjual dan pembeli.
• Kritikan tidak harus menggunaan komentar untuk memburukkan artis atau persoalan bermotifkan sesuatu yang ditambah.
• Kritikan tidak harus diasingkan di antara satu krtikan dengan kritikan yang lain dengan maksud mencela nilai peribadi dan latarbelakang artis.
• Kritikan juga tidak harus dibuat berdasarkan interpritasi dari lain-lain kritikan kecuali munasabah dan ada kesesuaian.
• Akhirnya kritikan tidak harus menjadi ruang untuk mengenengahkan perkara yang tersembunyi di sebalik sesuatu yang pernah didengar.
Berdasarkan etika kritikan yang disyorkan oleh Edmund Burke Feldman 1994 ini, ia boleh menyedarkan pengkritik akan tugas mereka yang sebenar ke arah lebih positif untuk membina suasana yang sihat. Dengan kritikan yang bersandarkan kesedaran dapat mengaitkan hujah-hujah pada fakta, teknikal, sejarah dan stail yang tergolong sebagai kritikan yang membina dan boleh dijadikan sesi polimik yang sihat.
Kritikan yang positif boleh mencerminkan nilai peribadi tetapi tidak sepenuhnya boleh menjadi pengganti secara langsung kepada artis. Biarlah kritikan itu sebagai pengalaman yang asli dan baik berdasarkan hasil dan kesan estetik yang dimiliki oleh artis.
Kritikan yang melampau dan mendekati hal-hal politik, ideologi boleh menjadi penilaian yang berat sebelah. Sebagai suatu perbandingan, kritikan harus ada pertalian dengan kerja seni yang mempunyai persamaan dengan kerja-kerja seni yang lain dan membawa kesan secara keseluruhan. Keutamaan kritikan yang standard boleh dilakukan secara luaran dari kesan permulaan yang membawa pada konteks seterusnya dan memberi kesan-kesan positif.
Dengan nilai positif, kritikan yang dibuat mengikut merit menjadikan prinsip bagi melihat kekuatan atau kelemahan yang disempurnakan oleh bukti dan fakta. Ada kes yang menjadikan krtitikan secara sedar boleh mewakili hak orang ramai dan sebahagian hak artis dan yang bakinya kepunyaan dunia seni.
Perlu diingatkan juga, setiap karya seni dalam perkembangannya ada meninggalkan kesan yang menghampirkan diri artis dengan rahsia diri dan ada hubungkaitnya dengan pengalaman dalam karya.
Dalam pergerakan seni lukis di Malaysia, persoalan yang menjadi perbahasan berpanjangan telah dijadikan alasan yang baik namun masih berhati-hati. Inilah perkembangan yang berlaku di bidang seni tampak Malaysia dengan adat dan budaya yang saling hormat menghormati sesama artis dan pengkrtik seni. Dengan kehormatan yang diberi kepada golongan muda telah membawa semangat antara kritikan dan berkarya. Sebagai contoh, Redza Piyadasa dan Salleh Ben Joned yang memulakan semangat kritikan telah membawa suatu perkembangan dalam seni lukis Malaysia. Walaupun nampak suatu polimik yang tak berkesudahan tetapi sekadar riak-riak dalam cawan kopi dan tidak membawa kesan kontroversi yang berpanjangan.Dalam konteks tanggungjawab sosial, kritikan seni menurut Dr. Tan Chee Kuan menyatakan ramai di kalangan penulis, kolektor seni, artis, kurator berganding bahu mengangkat karya-karya seni tampak menjadi bernilai sebagai khazanah budaya. Melalui jalinan erat, maklumat yang tepat dan fakta-fakta yang betul, sumber-sumber seni diterokai bersama. Ada yang menyentuh hal kontroversi dalam kritikan dan sejarah seni yang tercatat itu dimanipulasikan dengan berhati-hati mengikut sudut pandangan peribadi yang saling menghormati.
Jika budaya membalas kembali kritikan dengan ayat dan perkataan yang tidak melambangkan nilai intelektual dan sebagainya maka samalah kita dengan apa yang pernah berlaku antara Ruskin dan Whistler. Berlaku saman menyaman antara pengkritik dengan artis dan terbongkar segala gosip serta perbincangan yang melanggari peraturan sehingga hilang rasa hormat menghormati antara artis dengan pengkritik. Walaupun nanti keputusan mahkamah akan memenangi seseorang kesannya berpanjangan. Jika salah seorang itu menang perbicaraan dan mendapat pengikhtirafan yang tinggi dan memberi signifikan yang baik ke atas kerjayanya tetapi semuanya akan rugi di akhir nanti.
Sepanjang perjalanan meneroka kehidupan seorang pelukis dan tempoh masa yang dilalui perlu dicatat dengan penuh tanggungjawab. Hal ini cuba dilakukan oleh Dr. Tan Chee Kuan. Tentu jawapannya adalah dari rasa tanggungjawab sosial dalam melaksanakan tanggungjawab berwibawa. Menerusi analisis dokumentasi yang bersesuaian dengan esei bagi menyangkal isu-isu yang samar-samar atau andaian bagi mencari kebenaran.
Dr. Tan Chee Kuan menggunakan pendekatan sejarah untuk mempengaruhi pembaca. Misalannya dalam isu siapakah yang patut mengangkat seniman Yong Mun Sen sebagai bapa seni lukis Malaysia telah menimbulkan perdebatan antara beliau dengan Piyadasa. Beliau mempengaruhi pembaca dari sudut kaca mata seorang kolektor seni dengan fakta-fakta sejarah. Hujahan beliau menyentuh esei-esei Piyadasa berhubung perkembangan pelukis-pelukis Pulau Pinang di sekitar tahun 1920 hingga 1990 dikatakan suatu analisis yang kurang mantap. Hujah Piyadasa dikatakan banyak bersandar kepada kenyataan yang dipetik melalui surat khabar dan bergantung pada penulisan-penulisan yang lepas. Dr. Tan beranggapan status seniman Yong Mun Sen sebagai bapa seni lukis Malaysia perlu disemak kembali dari kaca mata seorang pembeli dan kolektor seni kerana mereka mengetahui perjalanan sejarah seni dan tokoh seni. Hujah Dr. Tan disokong dengan cerita yang berkait dengan memori lama dari surat-surat, artikel-artikel yang dipetik dari akhbar sampai ke katalog pameran.
Begitulah isu dan kontroversi dalam kritikan seni memerlukan hujah yang meminta pengkritik kembali kepada sejarah, individu-individu yang terdekat dengan artis, ahli keluarga dan orang yang masih hidup dengan merujuk bahan dan surat yang masih ada.
Dalam melaksanakan peranan mencari kemurnian etika dalam kritikan kedua-dua pihak perlu menerima dengan jelas bahawa antara artis dan pengkritik berada pada dasar yang adil. Penerimaan yang jelas ini boleh membantu khalayak mengenali karya-karya seni dan pembuatnya, boleh mengetahui pembongkaran fakta sejarah dan perkembangan seni yang berkait-kait dalam lingkungan yang sangat luas. Ada dua motif utama secara adil yang menjadi dasar dalam mencari kemurnian etika antara pengkarya dan pengkritik iaitu :
• Menerapkan nilai adil pada asas-asas yang munasabah dalam menampakkan perbezaan antara kritikan melulu dengan kritikan berbantukan penglihatan dan tafsiran minda.
• Menerapkan nilai saksama bagi menunjukkan kenapa seni itu penting dalam aktiviti kehidupan manusia.
Apabila interpritasi dan penilaian karya seni dibuat, kritikan sepatutnya menekankan apa yang dapat diketahui oleh artis tentang dirinya. Artis pula memerlukan penganalisis, pengkritik sekaligus pendorong memotivasikan artis mengetahui segala kekuatannya. Gambaran visual sebagai saksi dokumentasi yang sah menjadi terbitan kata-kata dari mulut yang sah dan laporan sejarah dengan fakta yang betul. Nasihat akhir, apabila melakukan kritikan harus diyakini dan menjadi persediaan untuk membantu nilai estetik mengambil tempat dan nilai moral serta budaya tidak dilanggari. Manakala artis terus menglahirkan karya bertaraf unggul, menjadi karya penyambung tamadun, artifak sejarah budaya bangsa yang kekal sebagai khazanah harta intelek negara.
Visual Art
The visual arts are art forms that create works which are primarily visual in nature, such as ceramics, drawing, painting, sculpture, architecture, printmaking, modern visual arts (photography, video, and filmmaking), design and crafts. These definitions should not be taken too strictly as many artistic disciplines (performing arts, conceptual art, textile arts) involve aspects of the visual arts as well as arts of other types. Also included within the visual arts are the applied arts such as industrial design, graphic design, fashion design, interior design and decorative art.
About Me
- Hafiz Mohd Nordin
- Creative Designer,Primeworks Studio, Media Prima Berhad / B.A Hons Fineart University Technology MARA,Malaysia
Thursday, February 4, 2010
APRESIASI SENI
DEFINISI
Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai
tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara
mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan
stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-
aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan
kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.
Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan
“logical operation such as defining, valuing and explaining”
Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni
beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan
teknik menghasilkan karya seni sahaja.
Menurut Chapman (1978)
“if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its value and character”
Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-
pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.
Macfee (1961) menegaskan bahawa
“…every culture, differences in value and belief are expressed through language an art
forms such as dress, architecture an decoration…”
Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya
seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh.
Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi
dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan
mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.
OBJEKTIF APRESIASI
a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni
b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan
c) Menghasilkan karya (produk seni)
d) Memahami seni dan hubungannya
e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni
TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian
unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan
kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja
sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan
kefahaman penghargaan terhadap bidang seni
Pendekatan apresiasi dan kritikan seni:
Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua pendekatan
dalam apresiasi seni iaitu:
a) Pendekatan secara logik
b) Pendekatan secara psiklogi
PENDEKATAN SECARA LOGIK
Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek
semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada
yang melihat sesuatu karya seni tersebut:
Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:
Secara penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan,
tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-
nilai estetika dan pengaruh
Secara pemerhatian - Balai seni, pameran, filem, slaid,
mengumpul dan menyusun gambar-
gambar
Secara perbandingan - Analisa, penilaian, perbandingan antara
satu dengan yang lain serta menimbulkan
kesedaran
Secara penghasilan - Membuat mengikut gaya artis/stail,menimbulkan kefahaman masalah nilai- nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri
dengan pelukis/pandai tukang gaya
konsep dan zaman.
PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI
Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan
peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan
penghayatan sesuati karya seni.
Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan
mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat
orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang
digunakan.
Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:
1. Secara perbincangan dan perbandingan
2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery)
3. Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni
4. Secara menyediakansetting/set induksi
5. Secara membesarkan gambar
6. Secara mengolah bahan-bahan sebenar
7. Secara aktiviti permainan seni
8. Secara lawatan/pameran
9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran
KAEDAH MELIHAT SENI
Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah:
a) Hedonistic
b) Kontekstualistik
c) Organistik
d) Normistik
e) Elektik
a. KAEDAH HEDONISTIC
Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan
perasaan, gemar, menarik dan benci.
Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:
• Suka/tidak
• Tertarik/tidak
• Pernyataan spontan
Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah
ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri.
Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.
b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK
Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik
dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah
dan prinsip rekaan.Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya.
Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman
konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang
menarik oleh pemerhati.
c. KAEDAH ORGANISTIK
Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan
terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh
intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang
dan penataan cahaya.
Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna,
jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.
d. KAEDAH NORMISTIK
Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai
masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri
kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian
yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak.
Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang
dibenar dalam budaya dan agama.
e. KAEDAH ELEKTIK
Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi
penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur
asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan.
Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek
kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.
PROSES APRESIASI SENI
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses
apresiasi. Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
a) Menggambarkan
b) Menganalisa
c) Tafsiran
d) Penilaian
A. MENGGAMBARKAN
Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan,
bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur
B. MENGANALISA
i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip
dan stuktur
ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana
iii. Menghauraikan stail sesuatu karya
C. TAFSIRAN
i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek,
symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan
ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk
menjelaskan makna tersebut.
D. PENILAIAN
i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti
keaslian, gubahan, teknik dan fungsi
ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social,
keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)