Visual Art

The visual arts are art forms that create works which are primarily visual in nature, such as ceramics, drawing, painting, sculpture, architecture, printmaking, modern visual arts (photography, video, and filmmaking), design and crafts. These definitions should not be taken too strictly as many artistic disciplines (performing arts, conceptual art, textile arts) involve aspects of the visual arts as well as arts of other types. Also included within the visual arts are the applied arts such as industrial design, graphic design, fashion design, interior design and decorative art.




About Me

My photo
Creative Designer,Primeworks Studio, Media Prima Berhad / B.A Hons Fineart University Technology MARA,Malaysia

Tuesday, December 9, 2008

" 3 VIEW " -Bachelor Hons Degree Fine Art Exhibition Show

" 3 VIEW"

Seni memberikan satu impak kepada pengamalnya serta kepada umum dan sekaligus menjadi sumber melontarkan pandangan tentang hal-ehwal semasa di sekeliling kita.Berikutan dengan itu,isu serta tema menjadi penyampai secara visual dalam bentuk karya seni.Ini dapat dilihat dalam karya pameran yang bertajuk ’3 View’ .Pameran ini dihasilkan oleh para pelajar semester akhir Ijazah Sarjan Muda Dengan Kepujian, Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara ( UiTM ), Shah Alam.

Menjenguk kembali kepada erti ‘3 View ‘ yang menjadi tajuk pameran adalah merangkumi tiga aspek disiplin yang menjadi pendekatan dalam penyampaian hasil karya seni iaitu Seni Catan,Seni Cetakan dan Seni Arca.Ketiga-tiga disiplin ini disatukan dalam pameran ini bagi menghasilkan satu komunikasi diantara karya serta pelajar dan akhirnya ia melahirkan sifat kerjasama sesama sendiri.Dengan pada itu, ’View’ pula sebenarnya gabungan maksud Variety,idea,element,work.



Jika dilihat maksud ini secara terperinci dengan lebih mendalam sebenarnya adalah bercirikan hasil karya yang dipamerkan dengan kepelbagaian gabungan idea berdasarkan elemen seni.Secara tidak langsung ia sebenarnya memberikan satu kaedah penyampai dalam bentuk seni visual.Akhirnya ia menjadi satu perkataan iaitu ‘View’ yang bermaksud pandangan nescaya ini berlaku dalam proses penghayatan dan melihat.Proses ini juga sememangnya berlaku dalam diri setiap pengkarya dengan sifat atau kaedah observation,interpretation dan judgement.Ini kita dapat lihat dalam teori falsafah seni dan estetik spertimana di ketengahkan oleh Roger Fry yang mengatakan bahawa seni itu sesuatu yang dihayati bagi kepentingan seni itu.Jelasnya lagi,memaparkan aspek bentukan sesuatu seni juga sebagai gambaran ekspresi tentang sesuatu imaginasi pelukis dan akhirnya ekspresi ini dapat memberikan persepsi yang jelas dan kebebasan emosi sepenuhnya.

Dalam pameran kali ini,para pelajar memaparkan idea-idea yang berunsurkan dan bertemakan isu semasa dengan mengaitkan makna,persoalan,provokasi dengan interprestasi yang berbeza-beza.Selain daripada itu ada juga yang berkongsi pengalaman peribadi bersama audien serta menonjolkan persepsi kepada umum dalam hasil karya seni.Dengan kehadiran idea yang berbeza ia lantas menghubungkan sesuatu bahan sebagai kaedah,medium atau subjek dalam menghasilkan karya seni sepertimana yang dipamerkan.Ini juga menjadi satu proses eksperimental dalam sesi pembelajaran bagi menghasilkan serta meghayati karya seni.





Pameran ini juga mencerminkan beberapa aliran atau stail pembawakan karya dengan gabungan moden dan tradisional seperti,Realism,Abstract,Dadaism,Surrealism,Popart,dan Islamic art.Ini adalah berikutan dalam proses mencari serta mengolah sesuatu maksud dalam erti seni.Demikianlah gambaran sepintas lalu akan pameran ‘3 View ‘ di mana para pelajar tidak hanya meghasilkan karya malah ia sebenarnya proses dalam menimba ilmu serta menimbulkan pengalaman.



Ucapan jutaan terima kasih kepada barisan pensyarah Jabatan Seni Halus serta pegawai teknikal jabatan dalam menghulurkan bantuan,penyampaian ilmu,pendapat serta tenaga.Saya mewakili para pelajar Jabatan Seni Halus,Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada barisan pensyarah dan pihak Fakulti serta kepada pihak yang telah berusaha keras membantu menjayakan pameran ini,sekian.

Monday, November 10, 2008

Persoalan-Seni dan Globalisasi

Seni dan Globalisasi

Persoalan tentang globalisasi semakin menarik perhatian semenjak akhir-akhir ini. Globalisasi yang semakin melebarkan ufuk jajahannya ke merata dunia sebenarnya telah lama wujud. Globalisasi secara harfiahnya bermaksud sejagat atau seluruh dunia bermakna bahawa segala aspek kehidupan samada dari segi budaya, kesenian, ekonomi, sosial dan sebagainya kini tiada lagi batas sempadan antara satu bangsa, negara atau peradaban. Secara mudahnya kini tiada lagi unsur pemisah yang ketara antara sesebuah kebudayaan, kesenian, strata sosial antara satu bangsa dengan satu bangsa atau satu negara dengan negara yang lain. Wujud pula satu kampung kesejagatan untuk seluruh dunia. Maka timbullah sikap saling mempengaruhi antara satu budaya dengan budaya yang lain. Pada era ini, penapisan menjadi sesuatu yang amat mustahil.Ditinjau dari aspek tawarikh manusia, globalisasi telah bermula semenjak dahulu.

Ini dapat dilihat dari pengkajian sejarah seni terutama seni tampak apabila unsur-unsur seni arca dalam sejarah seni Roman yang mendapat pengaruh seni arca Greek Purba. Catan Van Gogh banyak mendapat pengaruh cetakan kayu Ukiyo-E Jepun. Salah sebuah catan Picasso contohnya mendapat ilham dari arca-arca kayu Afrika. Malah komposer Impresionis, Debussy (sezaman dengan Impressionist Fine Artist; Degas, Renoir, Manet & Monet) mendapat pengaruh muzik Gamelan dalam sesetengah komposisi beliau. Demikian antara contoh kecil kesan globalisasi terhadap bidang kesenian. Apabila berlakunya penjajahan maka globalisasi semakin menanjak. Ini bermakna sesebuah bangsa atau negara yang dijajah atau lemah akan ‘dimakan’ oleh sesebuah bangsa atau negara yang kuat atau si penjajah. Ini akan menghakis unsur-unsur budaya, kesenian dan kepercayaan terutamanya dan akan menyebabkan kejatidirian sesebuah bangsa akan pupus. Bangsa yang menjajah akan dipandang sebagai kuat, gagah dan lebih bertamadun. Maka berlakulah penjajahan minda secara tidak langsung. Bangsa yang terjajah sedikit demi sedikit akan mengikut segala aspek penghidupan bangsa yang menjajah. Globalisasi semakin meluas setelah berlakunya pelbagai penemuan dalam bidang sains dan teknologi dan menemui kemuncaknya dalam Revolusi Industri yang telah memecahkan sistem totem dan taboo milik sesebuah bangsa. Dengan terciptanya mesin pencetak, maka wujud pula kuasa massa di pihak Barat. Segala bentuk ilmu dari Barat dengan mudah dapat diedar kemana-mana sahaja. Contohnya jika sebelum Revolusi Industri seni muzik hanya dimain dan dapat dinikmati di dewan-dewan atau istana pembesar dan hanya berlegar dalam kelompok golongan bangsawan dan kaya-raya maka setelah revolusi ianya dapat dinikmati dan dimainkan oleh orang ramai dirumah-rumah mereka sendiri apabila manuskrip muzik dapat dicetak dan diedarkan dalam jumlah yang banyak.

Penjajahan fizikal yang berlaku juga telah banyak memecahkan sistem totem dan taboo sesebuah bangsa. Kepercayaan-kepercayaan yang menjadi anutan sesebuah bangsa telah dihapuskan oleh si penjajah dengan mencanangkan keburukan dan kehodohan sesebuah sistem milik masyarakat yang terjajah. Mereka juga membawa bersama kepercayaan, budaya dan pemikiran mereka yang kononnya lebih bertamadun dan maju. Secara tidak sedar telah berlaku globalisasi dari segi bahasa contohnya. Sehingga kini globalisasi bahasa semakin memuncak dengan kemunculan teknologi maklumat. Tidak mustahil ia akan menelan bahasa lain yang tiada keupayaan untuk maju. Kuasa massa Barat semakin berpengaruh sejak penciptaan radio, televisyen dan kini dengan perkembangan teknologi maklumat. Seni yang tercipta di Amerika contohnya kini boleh didapati dimana-mana pelusuk dunia. Dengan propaganda melalui media massa seperti media cetak dan elektronik, globalisasi kesenian mula berkembang. Bangsa yang pernah terjajah yang hilang segala akar jatidiri mereka akan mudah terpengaruh dengan bentuk kuasa baru ini. Lebih malang kita mengambil segala ideologi ciptaan mereka dan disumbatkan kedalam bentuk seni kita tanpa menapis apa yang perlu. Seni warisan sesebuah bangsa dan peradaban yang tiada keupayaan untuk berkembang atau yang masih statik akan mula hilang ditelan oleh globalisasi. Kita harus ingat seni muzik popular contohnya bukan hanya berkait dengan muzik namun membawa bersamanya pemikiran, ideologi, budaya, kostum dan gaya atau stail berbahasa, berjalan, bercakap dan sebagainya. Himpunan budaya baru ini tidak mustahil akan menelan akar budaya atau kejatidirian bangsa yang pernah terjajah. Dengan wujudnya propaganda melalui kuasa massa, globalisasi dalam kesenian dari barat akan menelan guyup segala budaya dan akar pemikiran bangsa lain.

Dengan kuasa massa, falsafah seni hiburan popular yang hanya menekankan keseronokan sementara dan tipu muslihat tersembunyi, menjadi senjata paling berkesan untuk mempengaruhi sikap dan tindak-tanduk para remaja. Apa yang dapat dilihat dan didengar oleh para remaja akan memberi kesan kepada mereka walaupun hanya dalam masa seminit dua. Para remaja yang rata-ratanya tiada kuasa saring atau sistem nilai yang kukuh antara aspek positif dan negatif akan mudah terikut. Ini akan menyebabkan mereka memandang rendah akar budaya bangsa sendiri dan menganggapnya kolot serta ketinggalan zaman. Apatah lagi untuk memperjuangkannya! Dalam seni rupa, arus gerakan modernisme, post-modernisme, pluralisme semakin berkembang pesat. Malangnya terdapat falsafah dan ideologi seni yang menghapuskan nilai agama dan sikap hidup positif. Ini menjadi semakin parah apabila timbul fahaman Art for the Art Sake atau Seni untuk Seni . Demi seni, semuanya boleh. Menurut Drs.Sidi Gazalba, ia menyebabkan segala bentuk lukisan dan filem porno boleh, ucapan-ucapan cabul boleh, cerita yang merangsang kejahatan boleh, asal untuk seni, asal semuanya itu diciptakan atas nama seni. Semuanya serba boleh. Globalisasi sebenarnya memiliki nilai positif dan negatif. Aspek positifnya ialah wujudnya budaya ilmu yang menyeluruh, sistem rujukan yang bersepadu dan kemudahan mendapatkan idea yang berharga. Namun keburukannya tetap akan wujud seperti kepupusan sistem nilai dan pemikiran sesebuah bangsa jika kita tidak berhati-hati dalam menyaring sesebuah maklumat. Kita seharusnya bijak dalam menangani isu globalisasi dan menggunakannya sebaik yang mungkin untuk kemajuan. Sudah tentulah aspek paling penting ialah ilmu. Ilmu adalah kuasa dan seharusnya penggiat dan penseni tempatan melengkapkan diri dengan ilmu yang sesuai dengan tuntutan zaman kerana kita berkarya adalah mengikut acuan zaman dan masyarakat yang kita duduki.

Pandangan seniman atau penggiat seni sewajarnya mewakili pandangan dan worldview masyarakat setempat dan seantero dunia. Namun bukanlah pula terlalu mengikut kehendak dan pasaran antarabangsa. Ini akan menghilangkan daya kreativiti dalam berkarya. Akan wujud pula masalah lain seperti isu establisment dan ‘play-safe’ demi menjaga periuk nasi. Sewajarnya penggiat seni mengambil bahagian yang cergas dalam globalisasi untuk menyebarkan pula keindahan dan kemajuan dalam kesenian dan kebudayaan kita. Jika kita bertindak menentang arus atau tidak mahu mengikut perkembangan sains dan teknologi sezaman dikhuatiri segala unsur peradaban, kebudayaan dan kesenian bangsa akan lenyap ditelan oleh arus globalisasi. Kini adalah masa terbaik untuk seniman dan penggiat seni memikiri langkah terbaik dalam menyebarkan jati jiwa kesenian kita yang berlandaskan kebudayaan dan kesenian tempatan.

Monday, September 8, 2008

Pembawaan Karya Moden Malaysia



coming soon...

Pengkaryaan dan Nilai

Pengkaryaan dan Nilai

Setiap karya seni yang baik seharusnya mendukung dua asas atau nilai utama dalam pengkaryaan iaitu nilai intrinsik dan ekstrinsik. Apabila berbicara berkenaan seni, pokok utama pembicaraan yang membezakan karya seni dengan bidang kebenaran lain seperti falsafah, ilmu pengetahuan (terkandung di dalamnya bidang sains, teknologi, kejuruteraan, perubatan dan lain-lain) dan agama ialah apakah nilai yang terkandung di dalamnya.Persoalan nilai tidak bisa dipersoalkan lagi di dalam agama, tambah pula agama samawi yang bersumber dari wahyu. Namun persoalan nilai membezakan seni dengan falsafah dan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan seperti bidang sains, teknologi dan kejuruteraan misalnya tidak berbicara tentang nilai. Bidang ini berbicara tentang praktikalitinya, tentang aspek kegunaan dan fizikal semata-mata. Bidang falsafah juga tidak dapat berbicara tentang nilai kerana falsafah adalah upaya manusia untuk mengenal kebenaran dan mengenal nilai, buruk atau baik. Ia hanya berupaya mengenal nilai tetapi tidak membuat pilihan. Nilai intrinsik ialah pembicaraan tentang aspek-aspek formalistik, ikonografi dan fizikal.

Mengapakah seni catan itu cantik dan enak di pandang mata, mengapakah seni muzik itu sedap didengar telinga, mengapakah lakon itu sehingga membuatkan menitis airmata, mengapakah pergerakan di dalam suatu seni tari menggugah perasaan; pendeknya nilai yang terkandung aspek-aspek fizikal yang terlihat, dapat didengar, dapat ditonton oleh indera fizikal. Itulah dia nilai-nilai intrinsik.Nilai-nilai ekstrinsik ialah diskusi berkenaan aspek kejiwaan, falsafah, psikologi iaitu nilai-nilai yang tidak dapat dinilai oleh indera yang fizikal, ianya serba noumena, transendental dan ghaib. Ia hanya bisa dirasai oleh jiwa, intuisi dan naluri dengan pendekatan ilmu, falsafah, kebudayaan setempat dan jatidiri insan. Justeru dapat dikatakan dua nilai yang berganding ini dapat membuahkan hasil yang baik dan jitu di dalam sesebuah karya seni.Namun kedapatan juga seni yang tidak mempunyai dua-dua nilai ini sekaligus didalamnya. Seringnya terjadi apabila nilai entrinsik yang terpinggir dan jarang pula nilai intrinsik tidak diberi perhatian. Ini dapat sedikit sebanyak menjawab mengapa sesebuah karya seni itu tidak bertahan lama dan mati dalam sekelip mata. Contohnya karya seni kartun atau komik yang mempunyai nilai-nilai intrinsik namun tidak punya atau terlalu kurangnya nilai ekstrinsik (perlu difahami kebanyakan kartun dan komik adalah untuk memenuhi tuntutan seni yang berbentuk popular dan menjurus kepada kanak-kanak).

Maka seni ini akan mati dan tidak akan dibicarakan lagi oleh masyarakat. Namun karya-karya kartun Datuk Lat misalnya, hidup dan diberi perhatian istimewa kerana kekayaan nilai-nilai ekstrinsik didalamnya. Karya-karya seni yang punya dua nilai tersebut juga bisa mati jika masyarakat sendiri teramat lemah pengetahuan dalam kesenian. Karya seni yang baik seperti novel sastera Hujan Pagi; teater, Tiang Seri Tegak Berlima; bidang seni halus, siri Pago-pago, Wayang, Don't Play During Maghrib, Power I & II (menyebut sekadar beberapa contoh) dan sebagainya yang kaya dengan nilai-nilai intrinsik dan ekstrinsik akan mati kerana masyarakat tidak berupaya menyelami aspek-aspek kejiwaan, falsafah, moral dan budaya yang terkandung di dalam sesebuah karya seni. Ketidakupayaan ini bersumber dari pelbagai saluran. Secara amnya kerana kurangnya bersemarak bidang kritikan dan apresiasi seni di media-media massa, pendidikan yang kurang menekankan seni dari aspek keilmuan, penonjolan besar-besaran terhadap seni hiburan yang memaparkan 'artis-artis' yang sebenarnya bukan karyawan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat, kelemahan pihak pentadbir dalam menyediakan dana dan peruntukan untuk karyawan, kekurangan dari aspek penyelidikan dan pembangunan dan pelbagai sebab lagi. Pendeknya pengkarya seni yang layak dipanggil seniman (tidak sekadar pelukis, penulis picisan, pembuat filem komersial) selain dari berupaya menyingkap permasalahan masyarakatnya, beliau juga harus sentiasa memperbaharui keilmuan.

Ini yang dapat membezakannya dari penseni biasa kerana seniman yang tulen seharusnya menjadi SESUNGUT MASYARAKAT dan PEMIKIR YANG BERKARYA bukan sekadar melukis seindahnya dan masyarakat pula mengagung dan mengagumi ketepatan lukisannya yang luar biasa dan seolah-olah hidup! Ini meliputi semua seniman samada sastera, teater, filem, tarian dan sebagainya. Seniman tulen adalah mereka yang berupaya MENAFSIR dan MENGHURAI bukan sekadar MENTERJEMAH.

Sunday, September 7, 2008

Meninjau pameran DISCLOSURE-Ahmad Zakii Anwar

DISCLOSURE – Ahmad Zakii Anwar,Gallery Petronas 10 Jul 2008 - 24 Aug 2008

This solo exhibition features the works of Ahmad Zakii Anwar, one of Malaysia's leading figurative painters. A major influence on the development of figurative realism within painting in contemporary Malaysian art practice, this exhibition traces the development as well as future direction taken by Ahmad Zakii Anwar in his career as an artist.

Pada bulan yang lalu,saya bersama pensyarah saya meninjau serta menikmati satu lagi karya seni Malaysia kontemporari.Yang dimaksudkan ialah artis tempatan negara kita iaitu Ahmad Zaki Anwar.Karya Ahmad zaki Anwar sememangnya indah dan direka dengan cantik sekali.Dari perspektif mata kasar sememangnya karya beliau amat hebat dan memartabatkan lagi seni kontemporari negara kita yang menuju kearah yang lebih moden.


Pensyarah saya(best buddies lecturer):En.Farid,Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,UITM


Karya-karya beliau menyentuh elemen rupa,bentuk,alam benda yang menuju kearah erotik dan menimbulkan suasana ekspresi.Dengan itu timbul beberapa watak-watak yang cuba diwujudkan.Walaupun beliau berlatar-belakangkan seorang pelajar grafik pada mulanya,namun ini tidak menghalang beliau mengembangkan sayap ke dalam bidang yang mungkin lebih sinonim dengan nama Seni Halus.Jenis Naturalisme batin yang dibawa Zakii secara semulajadi
mempunyai tempat yang agak menarik di dalam sejarah seni moden Malaysia yang masih dikuasai oleh seni catan figuratif,walaupun baru-baru ini terdapat kebangkitan media alternatif baru dalam ekspresinya.








Meskipun begitu,pelukis ini terus komited kepada karya catan yang serius dan kecatan di dalam zaman sejarah seni semasa yang dicabar oleh alam seni yang padat dengan manipulasi bahan baru dan fotografi.Justeru itu,apreasis kritikal mengenai jenis realisme Zakii adalah tepat pada masanya-bukan sahaja pada tahap estetik dan komersil tetapi juga untuk mencari konteks kontemporarinya di dalam sejarah seni Malaysia yang sedang bergelora dengan polemik teori pensejarahan.


















































































































































Sudahkah Seni Halus Merdeka?

MERDEKA! Merdeka! Merdeka! - Laungan yang kini telah menjadi suatu macam upacara ritual (bagi mereka yang tidak memahami erti sebenar kemerdekaan).
Hanya menjerit dan bersorak kerana setiap tahun itulah caranya kita memberi tanda bahawa kita telah pun berdiri di atas kaki sendiri tanpa penjajahan. Tak kisah sama ada itu satu pendekatan yang tepat atau tidak. Yang penting kita telah pun selesa dengan cara itu.

Dalam mendepani glokalisme, kita perlu memperkasakan diri dan akar budi kita terlebih dahulu sebelum menunjukkan keperkasaan kita agar setanding dengan tamadun luar.
Biarlah orang ekonomi bercakap fasal ekonominya. Orang politik dengan politikalnya, masing-masing individu bercakap fasal keperluan masing-masingnya.Seni halus di dalam kamus dewan bermaksud suatu hasil karya yang halus buatannya di contoh pula dengan hasil catan, arca dan ukiran.

Manakala bidang kerjanya pula termasuk pelukis, pengukir dan pengarca. Kefahaman ini nampaknya telah dijumudkan sekian lama.Mungkin kerana ilmu seni halus yang juga dikenali sebagai seni visual atau fine art dalam bahasa Inggerisnya dan di Indonesia sebagai seni murni telah melalui proses pembelajaran dan proses keilmuannya di Barat, maka makna yang diterima pakai oleh kita juga dipengaruhi Barat. Sejarah seni, suatu subjek yang perlu diketahui oleh seniman seni halus yang serius juga berlandaskan Barat.

Nama-nama seperti Leonardo Da Vincci, Salvador Dali, Jackson Pollock, Andy Warhol dan beberapa nama yang menjadi ikon dalam seni halus juga nampaknya orang-orang Barat belaka.
Mungkin saya perlu turun sedikit dalam ruang lingkup seni di Malaysia sudah memadai.
Nama-nama seperti Ibrahim Hussein, Abdullah Ariff, Syed Ahmad Jamal, Zakaria Ali dan beberapa nama yang menjadi ikon di dalam sejarah seni halus di Malaysia juga telah mengamalkan perkara yang sama. Malah terdapat pula tafsiran yang mengatakan seni halus hanyalah hasil karya yang melibatkan berus, cat minyak dan kanvas seperti mana yang telah diamalkan di dalam seni catan moden.

Sehingga ke hari ini, kefahaman ini telah membawa kepada beberapa pecahan contoh hasil seni halus yang diberi makna baru seperti kraftangan seni halus, barangan ukiran seni halus, lukisan pemandangan seni halus, lukisan potret seni halus dan sebagainya.
Semuanya kerana kita faham bahawa apa saja hasil kerja tangan yang halus itu adalah seni halus.Ada juga yang melihat seni halus sebagai sesuatu yang abstrak. Asalkan hasil seni itu tidak difahami secara lateral, maka seni haluslah ia.

Pengamal aliran Abstract Expressionist, German Expressionist dan Neo Expressionist mempunyai pegangan tertentu berdasarkan ilmu yang diamalkan.
Bukanlah semata untuk dikategorikan ke dalam ruang lingkup seni halus.
Namun, agak mengecewakan apabila terdapatnya pelukis-pelukis yang sengaja menghasilkan karya abstrak sebegitu sedangkan proses keilmuan ekspressionisnya tidak ada. Pelarian kepada kemahiran formalistik yang diajar Barat.
Dalam memperjuangkan nasionalisme, makin ramai kolektor seni halus di Malaysia, tanpa sedar menyimpan koleksi-koleksi dan mungkin sedang berangan untuk menambah lagi koleksi karya (kebanyakan catan) yang pada fahaman mereka, cukup bersifat kebangsaan.
Padahal, pengkarya yang menghasilkan karya-karya itu sedang mengamalkan fahaman Barat di dalam karya mereka.

Bukanlah saya mempersoalkan tentang boleh atau tidak pengkarya menghasilkan karya dengan kemahiran yang diperolehi dari Barat itu, cuma cukuplah sekadar memahami formalistik penghasilan karya dan bagaimana menggunakan ilmu itu untuk melihat dan memperlihatkan rupa dan bentuk akar budi kita ke dalam karya masing-masing.

Toleh ke belakang

Cuba kita toleh ke belakang sebentar, ke zaman awal tamadun manusia, zaman batu awal, zaman pra moden.Bagaimana manusia menggunakan segala yang ada di sekeliling dalam menghasilkan karya. Lukisan di gua-gua batu, penghasilan beliung, tembikar dan sebagainya dihasilkan berdasarkan rasa hati yang halus dan kepercayaan yang ada pada masa itu.
Paradigma kita pada masa itu adalah tanah. Maka tanah yang menjadi sumber karya kita. Beralih pula ke zaman moden, zaman yang dikenali sebagai zaman mesin. Bermulalah hasil-hasil karya yang berparadigma mesin. Juga saya anggap sebagai zaman kolonial dalam seni. Zaman itulah yang menjadi permulaan kepada amalan seni halus yang kebanyakan kita percaya dan masih amalkan sekarang.

Zaman kini, zaman berparadigma akan maklumat, zaman pasca moden. Segala karya juga berteraskan maklumat. Sebagai contoh multimedia, video dan grafik berkomputer. Maka wujudlah pula karya-karya yang berunsur hybrid.Walau apa pun jua zaman yang dilalui, akar budi kita masih di sini. Segala karya kita perlulah berakar budi Malaysia. Jangan pula kita menjadi penyambung penjajahan baru dalam seni halus dengan mengagung-agungkan gaya karya Barat.Cukuplah Barat menjadi tukang yang memberi makna kepada karya kita, pemberi istilah. Kalau catan dan arca telah dibanggakan-banggakan sebagai karya berasal dari Barat, kita pula perlu berbangga dengan multi media yang asalnya dari kita, Kepulauan Nusantara! Cuma juga, istilahnya ditukar lagi oleh Barat.

Bagaimanakah itu mungkin? Melihat makna multi media (media pelbagai yang dipersembahkan di dalam satu himpunan bersama media-media lain) telah mengimbas kembali kita terhadap karya seni terdahulu - persembahan wayang kulit. Terdapat unsur-unsur multi media di dalamnya. Alatan muzik (audio), paparan layar (visual) diterajui pula oleh Tok Dalang sebagai perantara interaktif dalam menjalankan dan menguasai persembahan itu. Bezanya kini, sistem multi media dijalankan oleh ramai Tok Dalang (pengguna) yang wujud dalam era Teknologi Maklumat. Saya bimbang dengan kewujudan pengkarya kolonial yang telah menyebabkan seni halus di Malaysia jatuh ke tahap jawatan sokongan bukan jawatan profesional seperti mana peguam, doktor, ahli korporat dan lain-lain. Walau pada asalnya, makna seni halus itu sendiri membawa maksud paling seni dan mikro saiznya. Sebagaimana suatu struktur itu bermula dengan satu sel yang seni, membentuk satu organ dan bergerak bersama-sama struktur yang lebih besar. Kalau kita lihat, hanya segelintir kecil pengkarya seni halus di Malaysia berkarya berasaskan pegangan akar budi masing-masing. Mungkin ada di antara mereka menggunakan pelbagai jenis media dalam menterjemahkan karya mereka.

Namun, pendirian mereka jelas terlihat melalui karya masing-masing. Nama-nama seperti Hasnul Jamal Saidon, Abdul Latif Mohidin, Ismail Zain dan Wong Hoey Cheong di samping nama-nama lain memperlihatkan pegangan akar budi di dalam kebanyakan karya mereka.
Ismail Zain dalam karya awalnya bermula dengan catan dan sutera saring sebagai alat terjemahan. Namun, pegangan akar budinya tetap tidak berubah walaupun setelah melalui angin perubahan dan menggunakan komputer sebagai media (pada ketika itu harga sebuah komputer hampir menyamai harga sebuah kereta Proton Saga).
Beliau telah menyerap penggunaan media yang sejajar dengan perubahan zaman, namun tetap memperlihatkan gaya karya Ismail Zain.

Gaya german expressionis dalam karya Abdul Latif Mohidin juga sebegitu. Walaupun teknik ekspresionis itu masih kekal, tetapi rupa karya beliau tetap memperlihatkan betapa jati diri Malaysianya masih kukuh.Beliau membuktikan bahawa ilmu yang dimiliki hanyalah sebagai asas dalam menghasilkan karya Malaysia. Ini juga dapat dilihat di dalam karya puisi beliau.
Manakala Hasnul Jamal Saidon dan Wong Hoey Cheong pula sentiasa berubah bahan untuk terjemahan karya yang difikirkan sesuai berdasarkan kajian ilmiah mereka. Belum cukup rasanya dengan terbinanya bangunan-bangunan yang menyimpan khazanah seni di negara ini jika mentaliti dan isi di dalamnya bukan milik kita. Harapan agar karya-karya yang wujud selepas merdeka ini memperlihatkan unsur kemerdekaan yang sebenar. Apakah seniman di Malaysia telah menolak ke tepi pegangan kemahiran mereka berdasarkan keselesaan kemahiran barat yang mereka peroleh?

Apakah juga seniman di Malaysia tidak mempedulikan dan mahu mendalami kaedah lain serta alatan lain dalam menterjemahkan karya? Apakah sumbangan kita dalam me-merdekakan seni halus di tanah air yang telah merdeka secara politikalnya? Mungkin seni halus di Malaysia belum lagi merdeka sejajar dengan merdekanya Malaysia selama lebih 51 tahun ini.


Tuesday, July 15, 2008

Dari Kuala Lumpur ke Jogja,Indonesia

26hb JUN - 2HB JULAI 2008



Pada 26hb Jun hingga 2hb Julai 2008,Saya dan beberapa artis tempatan menerokai dunia masyarakat Jogja,Indonesia yang selama ini banyak melahirkan visual artis serta seniman yang berbeza dengan negara kita.Walaupun ia mrupakan negara jiran kita,namun pemahaman terhadap principal and element of art tetap sama.Perbezaan bahasa pertuturan bukan halangan bagi mereka bergaul dengan seniman luar negara.Setiap karya mereka dihalusi dengan pelbagai art method sehingga menampakkan form yang sangat unik.Ini tidak dapat dinafikan lagi apabila kami melihat dengan sendiri bagaimana proses pengkaryaan yang sangat kreatif berlaku di kalangan masyarakat tempatan Jogja,Indonesia.Dengan pembangunan yang serba kekurangan,tidak disangka terdapat pelbagai corak pemikiran atau mentality yang kreatif dalam menghasilkan pelbagai hasil seni.




Masyarakatnya agak kekok apabila dibandingkan dengan negara kita tetapi sangat agresif dalam bidang seni kontemporari.Saya bersama Husin Hourmain dan Suhaimi menemui beberapa karekter seniman Jogja selama 5 hari berada disana.Mereka kelihatan sangat peramah dan mudah berkongsi ilmu seni apabila ditemui.Terdapat beberapa Art Festival Exhibition setibanya kami disana.Dengan bantuan beberapa artis tempatan Jogja,kami dapat melihat beberapa pameran yang tengah berlangsung disana.Selain itu juga kami dapat melihat beberapa studio serta proses pengkaryaan yang dijalankan oleh para seniman muda dan juga veteran Jogja.







Kebanyakkan karya artis Jogja menonjolkan isu-isu semasa lantas dipermainkan dengan pelbagai konsep seperti sinis dan ragam rakyat.Mereka juga seperti seniman di Malaysia mempunyai aliran tertentu dari abstract,impresionist,realist,surelist,popart,minimal art dan pelbagai lagi.Namun kekuatan mereka adalah dari segi pengideaan yang out of the box thinking.Ini dapat dilihat dari rata-rata hasil karya mereka dan tidak hanya dari segi karya catan malah seni arca(atau patung dalam kata lain nama indonesia),seni cetak dan juga seni photografi.Dalam masa yang sama,saya membuat beberapa visual searching mendapati bahawa mereka sentiasa melakukan exprimental art dalam menghasilkan karya mereka.










Jika dilihat dari perspektif kasar,setiap sapuan atau hasil kerja pengkaryaan mereka amat rapi dan sangat halus walaupun bergantung dengan mana-mana gaya aliran.Saya sempat menemui beberapa artis muda di Jogja yang boleh dianggap sangat master dalam seni kontemporari.Mereka kebanyakannya tidak terpengaruh dengan aspek medium yang digunakan.Maksudnya disini,setiap proses karya tidak terikat dengan faktor bahan.Mereka lebih bebas dalam pemilihan bahan.Ini mungkin atas dasar eksprimental yang sangat kuat.Kebanyakkan karya mereka lebih kuat atau cenderung dalam aliaran realism dan surrelism. Artis-artis di Jogja juga sangat kuat dalam semangat nasiolisme dan ini diterapkan dalam setiap karya-karya mereka fanatik menggabungkan aspek-aspek kenegaraan lalu ikon kemerdekaan mereka ketika dijajah oleh belanda